Wednesday, January 12, 2011

my Lovely Rosney Othman


Tanggal 8hb Disember 2010 bersamaan 2 Muharram ialah satu tarikh yang takkan kami sekeluarga akan lupa sampai bila-bila.. Seorang hamba Allah telah pergi ke tempat yang lebih jauh dan abadi... Allah lebih sayangkan beliau.. itulah kata-kata yang sering didengari oleh ku sebagai kekuatan semangat.. tapi kita hanya insan yang kerdil lagi hina di sisiNya... hanya mampu mengalirkan airmata sedih sehingga ke saat akhir berpisah dengan beliau... titipan doa dan selawat ke atas Nabi menjadi hadiah dan cenderamata untuk beliau membawa pulang "ke sana".

Beliau pergi dengan aman.. tenang.. seraut wajah dan badan yang terkujur kaku...kami mandikan beliau.. senyuman terakhir yang kami dapat saksikan... Allahuakbar kuasa tuhan... apa yang berlaku pada hari itu masih terngiang-ngiang di fikiranku~~

Apakah mungkin masa berputar kembali sebelum 8hb Disember 2010 tersebut??? terlalu banyak lagi kisah suka duka yang belum sempat untuk ku kongsikan bersama beliau... tapi aku redha dengan pemergiannya.. kami redha... walaupun hati berat... mungkin di sana lebih tenang dan selesa.. proses rejevunation yang dilalui oleh beliau.. sangat memberi impak.. alhamdulillah..
Semoga tenang di sana... kami disini rindukan Mak... hanya doa yang kami sentiasa dapat titipkan..

tidak lupa juga kepada Allahyarham Anjang Udin semoga tenang di sana.... mungkin mereka berjumpa di sana.. siapa tahu? Hanya Allah maha mengetahui... Arwah WaLeng.. kami sangat merinduimu... Arwah Mak Mah semoga bahagia di sana... tiada lagi gelak tawa... pakar masakan yang hebat.... semuanya hanya tinggal kenangan yang akan dijadikan sebagai kisah lagenda pada anak2 dan cucu cicitmu nanti...

Salam rindu dari anakmu...

Al fatihah (1960 - 2010) Mak, Temot @Rosney Othman, my idol..

No comments:

Post a Comment