As Salam..
Dalam lebih kurang 1 jam 45 minit, maka sampaila ke destinasi yang hendak dituju iaitu Kuching Sarawak.. Kuching yang kurindui. Sebelum 15 minit hendak mendarat, kedengaran suara Pilot mengatakan dalam beberapa minit lagi kami akan mendarat dan cuaca dalam keadaan baik =) so glad to hear that~~ tapi jauh di sudut hatiku.. ada yang mengusik perasaan, terkenang memori bersama mak.. sebak hati menahan rasa ='(
Kami telah pun mendarat dengan selamat pada pukul 5.10 ptg. Menjejakkan kaki di Kuching, amat mengasyikkan. Alhamdulillah..
Sepupuku telah setia menanti di luar Arrival Hall. hatiku berbunga riang. Banyak jugak yang sudah berubah.
Pada malamnya, kami dihidangkan ayam panggang dan sayur campur oleh Mak Loha.Sungguh menyelerakan pada perut yang lapar. hehe..
15hb Januari 2011 - Pagi yang indah. Membuat perancangan dengan kak linda untuk jalan-jalan cari makan di Kuching. Mulakan hari dengan laksa sarawak special.. huhuhu udang yang banyak giler..sangat menggetarkan jiwa. hahaha. Kemudian terus mengatur rancangan untuk ke Cultural Village (Kampung Budaya Sarawak).. oh indah sekali pemandangan Gunung Santubong. Tanpa membuang masa, kami membeli tiket di kaunter.
Student price : RM 15.00
Adult (local/Sarawakian): RM 40.00
Adult (tourist): RM 60.00
huhuhuhu.. mahal giler beb..nasib baik aku ada bawak student id hahhaaa..